Syabas dan Tahniah diucapkan di atas berlangsungnya Bengkel Tatacara Pengurusan Aset dan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara yang dianjurkan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Bengkel yang dijalankan tersebut telah dihadiri seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari setiap Bahagian dan Zon di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama 6 orang pegawai ABPM Wilayah Sarawak.
 
Pelaksanaan bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Sarawak, Encik Abang Roslan bin Abang Sioni. Sepanjang bengkel tersebut telah dijalankan, penceramah telah memberi pendedahan kepada peserta bagi tatacara pengurusan aset dan stor kerajaan, tatacara penerimaan dan merekod stoki, tatacara penyimpanan dan pengeluaran stok, tatacara verifikasi, keselamatan dan kebersihan, kehilangan dan hapus kira serta diselitakan tatacara pindahan dan pelupusan bagi aset alih dan stor secara kaedah bengkel.
 
Oleh itu, objektif bengkel adalah tercapai melihat kepada hasil pembentangan daripada peserta bengkel. Pihak ABPM Wilayah Sarawak mengucapkan terima kasih di atas kerjasama, semangat dan komitmen yang diberikan oleh setiap peserta bengkel yang hadir dan diharapkan peserta mampu berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diperolehi di tempat bertugas masing-masing dan mengaplikasikan setiap tatacara dengan betul terhadap pengurusan aset dan stor di pejabat.