Pada 24 Januari 2018, Majlis Gala Night “BOW TIE STYLE” Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1 2017 telah diadakan di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak. Majlis ini diadakan oleh peserta KSSK Siri 1 2017 untuk mengenang kembali jasa-jasa kesemua Jurulatih-Jurulatih yang telah melatih serta membimbing mereka selama berkursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam Majlis ini juga, peserta telah menjemput Khas YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak serta Jurulatih-Jurulatih Akademi dan Ketua Balai Bau, Ketua Balai Kuching dan Ketua Balai Petra Jaya.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179517202179078