Pada 16 Jun 2019, seramai 78 orang peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 (KSSK Siri 1/2019) telah melapor diri di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Kesemua peserta kursus telah datang daripada semua bahagian yang terdapat di Negeri Sarawak ini. Sesi taklimat kepada ibu bapa telah di sampaikan oleh PKPjB Md Ali bin Ismail, Komandan ABPM Wilayah Tengah,Kuala Kubu Bahru dan diiringi oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Dalam sesi taklimat ini, kesemua ibu bapa termasuk pelatih KSSK telah diberi taklimat mengenai pekerjaan dan risiko dalam menjalani latihan kebombaan sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar sebagai seorang Pegawai Bomba. Kesemua pelatih KSSK Siri 1/2019 ini akan menjalani latihan kebombaan di ABPM Wilayah Sarawak selama 18 minggu sebelum ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba kelak. Selamat maju jaya kepada adik-adik kita. “SELAMAT DATANG” sebagai ahli baru BOMBA. Semoga tabah menjalani latihan kebombaan.

      

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1567975526666575