Pada 11 Mei 2019, Majlis Berbuka Puasa Bersama Komandan telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak. Majls berbuka puasa bersama PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak bersama seisi keluarga beliau dibuat tahun 2019 telah diadakan. Dalam majlis ini, dengan bertemakan “Raya dan Gawai”, Pegawai ABPM telah membawa ahli keluarga masing-masing untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga Komandan. Tidak lupa juga sambutan Hari Jadi kepada pegawai-pegawai ABPM yang lahir dari bulan Januari sehingga Mei telah disambut secara sederhana dalam majlis ini. Semoga dengan majlis seperti ini, dapat merapatkan ukhwah di antara sesama ahli-ahli keluarga ABPM. Selamat berpuasa dan menjalankan ibadah puasa dari kami Pegawai-Pegawai ABPM Wilayah Sarawak.

   

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1538160202981441