Pada 23 Mei 2018, Majlis berbuka puasa bersama YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Zon Nissan, Dewan Makan ABPM Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, kesemua pegawai ABPM Wilayah Sarawak telah dijemput termasuk peserta kursus Sarawak Building Ordinan 1994 (SBO) dan Peserta kursus Penghapusan Bahaya Kebakaran. Seusai majlis berbuka puasa ini, program diteruskan dengan Sembahyang Isyak dan diikuti sembahyang sunat Tarawih. Aktiviti moreh pula bagi mengeratkan lagi hubungan antara peserta kursus dan pegawai-pegawai Akademi. Kami warga ABPM Wilayah Sarawak mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Puasa jangan tak puasa….

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1252379574892840

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1252379574892840