Pada 25 Mei 2018, Majis Jasamu Dikenang dan Program Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak. Majlis Jasamu Dikenang adalah bagi meraikan PB Anif Hanafi bin Adenan serta keluarga yang telah banyak menyumbang sumbangan dan bakti sepanjang beliau berkhidmat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Jemputan yang hadir adalah YS Komandan bersama isteri dan keluarga-keluarga warga ABPM Wilayah Sarawak. Disusuli dengan Program Berbuka Puasa bagi kesemua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Diharap dengan adanya program-program seperti ini dapat mengimarahkan lagi tali persaudaraan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1254808011316663