Pada 02 Februari 2018, telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang PgKB I Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, mantan Komandan ABPM Wilayah Sarawak bertempat di Bilik Kubu,Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak. Majlis ini diadakan bagi mengenang dan memperingati segala jasa-jasa yang telah ditaburkan beliau semenjak berkhidmat bermula 15 Januari 2013 sehingga 01 Februari 2018 di ABPM Wilayah Sarawak. Sejak beliau memegang jawatan Komandan, banyak pembaharuan dan transformasi telah dilakukan demi meningkatkan produktiviti pekerjaan mahupun persekitaran. Jutaan tahniah dari semua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak atas kenaikkan pangkat beliau. Semoga Tuan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia amnya JBPM Negeri Sarawak khususnya. Semoga kita berjumpa lagi.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1183094765154655