Pada 28 Julai 2018, Majlis Jasamu Dikenang PBT Jack Anak Janggat telah diadakan di Zodiac Lounge, Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak. Turut hadir dalam majlis ini ialah YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, PgKB II Sabarudin bin Mohamad dan semua ABPM Wilayah Sarawak meraikan tetamu yang dikasihi sebelum beliau bersara dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 01 Ogos 2018 ini. Dalam majlis ini juga diselitkan sambutan Hari Lahir kepada TPgB Madu Anak Anggut, PBT Jack Anak Janggat, PB Wilson Anak Donald, PB Mohammad Seimi Bin Amit dan PB Yngwie Malsteems Anak Lingki yang lahir pada bulan Jun dan Julai. Tidak dilupakan juga kepada PB Supamanian A/L Buloga Nathan atas kelahiran cahaya matanya yang ke tiga. Terima kasih atas pengalaman suka duka kita bersama apai Jack… 

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1316537965143667