Pada 02 Ogos 2019, Majlis Pelancaran Eksa (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pelancaran EKSA 2019 secara gilang gemilangnya disempurnakan oleh Komandan di Taman Gazebo dengan diiringi oleh Fasilitator EKSA TPgB Madu anak Anggut serta Pegawai-Pegawai Kanan Akademi, Jurulatih – Jurulatih Akademi serta peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 (KSSK Siri 1/2019). Seusai majlis pelancaran, kesemua pegawai akademi mengiringi Tuan Komandan bagi lawatan ke Zon EKSA ABPM Wilayah Sarawak iaitu Bung Bratak, Bung Jagoi, dan Bung Orat. Gotong royong perdana turut diadakan sekali dalam memastikan ekosistem yang kondusif serta persekitaran yang tenang di ABPM Wilayah Sarawak. Dalam kesempatan ini juga, pihak pengurusan Akademi turut mengadakan sambutan hari jadi pegawai-pegawai Akademi serta peserta KSSK Siri 1/2019 yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Antara pegawai yang diraikan pada sambutan hari jadi ini ialah : TPgB Madu anak Anggut dan PB Yngwie Malmsteens anak Lingki yang lahir pada bulan Jun. PB Mohammad Seimi bin Amit yang lahir pada bulan Julai, dan PBK II Dus anak Kinchon dan PB Dessman Yap Shuen Yih yang lahir pada bulan Ogos. Ucapan Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua pegawai-pegawai ini. Dengan Majlis Pelancaran EKSA pada hari ini, maka bermula “tagline” EKSA ABPM Wilayah Sarawak “Persekitaran Berkualiti, Warga Efektif”.

    

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1606914632772664