Pada 5 JULAI 2024, telah diadakan Majlis Penutupan Latihan Pengurusan Krisis dan Bencana Basic Medical Emergency Response Training ( BMERT ) yang disempurnakan oleh Dr Chan Hiang Chuan, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Ketua Perkhidmatan EMTS Sarawak.
Β 
Turut hadir bersama Penguasa Kanan Bomba I Henderi Bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) JBPM Negeri Sarawak dan Dr Rasidah Ahmad Rosli, Pakar Perubatan Kecemasan, Penyelaras Kebangsaan BMERT.
Β 
Latihan BMERT ini telah dilaksanakan bermula pada 29 Jun sehingga 5 Julai 2024 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pelbagai simulasi dan aktiviti telah dilaksanakan seperti kemalangan jalan raya, tanah runtuh, bangunan runtuh, kapal terbang terhempas, asas pengenalan tali dan π‘€π˜’π‘‘π˜¦π‘Ÿ π‘π˜°π‘›π˜§π‘–π˜₯π‘’π˜―π‘‘.
Seramai 9 orang pegawai akademi telah dilantik sebagai π‘ π˜’π‘“π˜¦π‘‘π˜Ίπ‘šπ˜’π‘› sepanjang latihan ini berlangsung. Peserta TOT BMERT seramai 22 orang dan Peserta BMERT seramai 58 orang telah menjalani latihan ini dengan jayanya.
Β