Pada 24 November 2017, Majlis Perasmian Sudut Tunnel of Knowledge ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Lobi Pejabat aras satu, ABPM Wilayah Sarawak. Sudut ini telah dirasmikan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, PKP Bahagian Latihan JBPM, dan diiringi oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YS PgKB II Mohammad Fauzi bin Hj. Mohamat Kifli Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan En. Zawawi bin Rambli Pegawai Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri Sarawak. Sudut ini diperkenalkan bagi perkongsian ilmu-ilmu kebombaan kepada semua Pegawai Akademi sendiri termasuk peserta-peserta kursus yang akan menghadiri kursus di ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik di sini untuk gambar