Pada 29 Ogos 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Majlis pada kali ini dikelolai oleh semua pegawai-pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak yang diketuai oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Majlis ini diserikan lagi oleh kehadiran YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Sarawak, YS PPjB Mohd Zaki bin Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Balai dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan. Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, diselitkan juga Majlis Perkenalan Pegawai Kanan yang baru melapor diri di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak iaitu PgB Alan Nelson Alfered Halup yang bertugas di Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, PgB Ardillah bin Supardi, Ketua Cawangan Pendakwaan Kebombaan dan Penyelamat, PgB Ramlan bin Marajan, Keselamatan Kebakaran JBPM Zon 2 dan Puan Nurul Nadea Shafina binti Zainal Abidin, Cawangan Pentadbiran Am, Bahagian Pengurusan. YS Pengarah turut menyampaikan Sijil Lean Management kepada YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak kerana ABPM Wilayah Sarawak telah mendapat Pengiktirafan “SILVER” dari pihak MPC dan Sektor Latihan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak telah menerima Piala Pusingan QE5S. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Puan Hadi binti Jony Yakup yang akan berpindah dan bakal memulakan khidmat beliau di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Semoga beliau akan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baru. Jutaan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai ABPM yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada kali ini dan kepada semua yang terlibat.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1354814004649396