Pada 12 Jun 2019, Majlis Perpisahan PgB Jesica anak Sylvester Embuas dan PB Muhammad Nur Firdaus bin Omar telah di adakan di Hotel Harvour View, Kuching, Sarawak. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, kedua-dua pegawai tersebut telah diraikan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan kesemua pegawai-pegawai ABPM. Majlis ini juga diselitkan slot untuk sambutan hari jadi TPgB Madu anak Anggut dan PB Yngwie Malmsteens anak Lingki yang lahir pada bulan Jun. Tidak lupa juga cenderahati untuk ahli keluarga baru Bomba, dengan kelahiran puteri sulung PB Wilson anak Donald. Perpindahan PgB Jesica anak Sylvester Embuas pada kali adalah atas kenaikan pangkat beliau kepada Penguasa Kanan Bomba II. Sekalung tahniah kepada tuan atas kenaikan pangkat, semoga tuan sentiasa berjaya dalam kerjaya dan kehidupan tuan. Manakala perpindahan PB Muhammad Nur Firdaus bin Omar adalah di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya. Semoga segala ilmu yang disedut di Akademi ini mampu dikongsikan kepada anggota- anggota di balai kelak dan menjadi inspirasi kepada pegawai-pegawai lain kelak. Doa kami sentiasa mengiringi kalian. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semoga kita berjumpa lagi. Salam sayang dari kami warga ABPM Wilayah Sarawak.

   

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1564336633697131