Pada 14 Jun 2024 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengajian. Majlis telah disaksikan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

Dalam majlis ini juga diselitakan sambutan hari jadi pegawai-pegawai akademi dari bulan Mei sehingga Jun. Akhir sekali, sesi begambar bersama Tuan Madu membuat "thumb print" kali terakhirnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.