Pada 26 Januari 2018, seramai 60 peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1/2017 telah Berjaya menamatkan latihan asas kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Majlis Tamat Latihan ini disempurnakan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Kanan Pesurujaya Bomba, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan yang diiringi oleh YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak dan saksikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Negeri Sarawak serta Komandan-Komandan dari Akademi Bomba seluruh Malaysia. Kehadiran Penolong Pegawai Latihan dari seluruh Malaysia, Pegawai-Pegawai Jemputan dari JBPM Negeri Sarawak dan Kehadiran ibu bapa peserta KSSK Siri 1 2017 turut memeriahkan lagi Majlis Tamat Latihan ini.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179311815532950