Pada 18 April 2018, Perhimpunan Bulanan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak Bil.1 telah diadakan di Dewan Perdana, ABPM Wilayah Sarawak. Dalam perhimpunan bulanan ini juga dihadiri oleh peserta-peserta Kursus Road Traffic Accident (RTA) seramai 30 orang. Pemeriksaan barisan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan diiringi oleh PgB Jesica anak Sylvester Embuas, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran. Selesai sahaja perhimpunan bulanan, Pemeriksaan kenderaan dilakukan oleh YS Komandan kepada kesemua kenderaan utiliti dan jentera-jentera yang terdapat di ABPM Wilayah Sarawak.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230969007033897 https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230969007033897