Perhimpunan Bulanan anjuran Cawangan Pengurusan dan Logistik telah diadakan di Bilik Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan diiringi oleh PgB Mohd Hafizrul bin Junaidi, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran Bersama Pegawai-Pegawai Akademi. Inti pati teks ucapan Komandan ABPM Wilayah Sarawak adalah dari Amanat Ulung, YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam perhimpunan ini juga, sesi menandatangani Surat Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 juga dijalankan bagi semua pegawai di ABPM Wilayah Sarawak. Sesi tandatangan Surat Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 ini telah disaksikan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Diselitkan juga, program Hari Bersama Pelanggan Tahun 2024 turut dijalankan. Program ini bertujuan untuk mengemaskini dokumen-dokumen yang sepatutnya diisi di Buku Perkhidmatan Pegawai bertempat di Bilik Mesyuarat Tabai yang telah di kendalikan oleh Puan Mariam Urai (Pembantu Tadbir (P/O) N19).