Pada 13 Disember 2017, Program Latihan dan Pelancaran CERT (Community Emergency Response Team) 2017 bagi kawasan DUN 18 Serembu dan Program Memperkasa Kesejahteraan Komuniti Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Bahagian Kuching 2017 yang diadakan di Dewan Perdana Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Miro anak Simuh, Ahli Dewan Undangan Negeri N.18 Serembu dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Clarence Rorote anak Sagon, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Jabatan Kentua Menteri Sarawak dan PgKB II Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh Kapitan, Penghulu, Ketua Kaum dan peserta-peserta CERT kawasan DUN N.18 Serembu.

 

Klik di sini untuk gambar