Pada 01 Februari 2018, Program Penyelarasan Perancangan Pengurusan dan Sasaran, Strategi dan Pencapaian telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program penyelarasan ini disampaikan oleh YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Program ini dilaksanakan bagi penyelarasan setiap aktiviti dan program yang dirancang sepanjang tahun 2018. Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1181336968663768