Pada 04 Mei 2018, Program Santai Nasi Lemak Kopi “O” bersama YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam program santai ini, diselitkan juga Majlis perpisahan bagi Cik Hafizayanti binti Rahmat Hassan, Pelajar Latihan Industri, Vokasional Kuching yang membuat pratikal di ABPM Wilayah Sarawak. Cik Hafizayanti telah Berjaya menamatkan latihan industri beliau di ABPM Wilayah Sarawak selama 6 bulan di bawah penyelarasnya, TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah. Disamping itu, sambutan hari jadi seramai 8 orang pegawai ABPM Wilayah Sarawak yang diraikan. Dalam program ini juga, jemputan dari BBP Bau untuk memeriahkan lagi program pada kali ini. Diharap, Cik Hafizayanti tidak lupa akan kami warga ABPM Wilayah Sarawak dan terus maju jaya dalam kerjaya beliau nanti.

 

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1244067995723998