Pada 27 Januari 2018, Majlis Sekalung Budi telah diadakan khas bagi Pegawai Bomba Mohd Norismendi bin Mohammad di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, Pegawai Bomba Mohd Norismendi bin Mohammad telah diraikan bagi mengenang jasa-jasa beliau yang telah berkhidmat selama lebih 6 tahun di ABPM Wilayah Sarawak. Beliau akan berpindah dari ABPM Wilayah Sarawak ke Balai Bomba Penyelamat Tanjung Manis. Didoakan semoga beliau terus cemerlang dan terbilang di tempat baharu kelak. Salam sayang dari semua staff ABPM Wilayah Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179512322179566