Pada 08 Mac 2018, sekali lagi peserta kursus Pengukuhan Pengoperasian Breathing Apparatus (BA) telah dikejutkan lagi oleh ketibaan YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad ketika mereka sedang sibuk menjalani latihan di kawasan simulator. Tujuan YS Komandan pada kali ini untuk melihat sendiri Pegawai-Pegawai Wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang giat berlatih untuk menimba ilmu dari jurulatih-jurulatih yang terlibat. YS Komandan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Wanita” kepada kesemua peserta kursus yang terlibat termasuk warga ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1204147836382681