Pada 05 Mac 2018, Sesi suaikenal bersama YS Komandan baru Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tabai, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pegawai Kanan yang menggantikan mantan YS Komandan ialah YS PgKB II Sabaruddin bin Mohammad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Dalam sesi ini, kesemua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak mengalu-alukan kedatangan beliau dan memperkenalkan diri masing-masing. Semoga dengan aura dan semangat baru YS Komandan ini akan mempertingkatkan lagi kualiti yang terdapat di ABPM Wilayah Sarawak sekarang.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1202395136557951