Pada 16 April 2018, Taklimat Kriteria Baru Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE 5S) telah diadakan di Dewan Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Suffian Bin Ahmad dari Malaysia Productivity Coperation (MPC). Antara peserta yang terlibat pada sesi taklimat pada kali ini ialah dari Pegawai ABPM Wilayah Sarawak, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Pejabat Zon 1, Pejabat Zon 2, Balai-Balai dari Zon 1 dan Zon 2 dan wakil dari Kejuteraan JBPM Negeri Sarawak. Diharap peserta kursus yang terlibat dapat menimba sedikit sebanyak tentang kriteria baru bagi Audit Pensijilan Persekitaran Berkualiti (QE5S) pada kali ini disamping meningkatkan lagi mutu dalam alam perkerjaan.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230353383762126