Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi "Cepat dan Mesra".
 
Majlis Penutup Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023 yang telah diadakan pada 23 November 2023 bertempat di Auditorium Dato' Sri Wan Mohd Nor Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin Faiz Zainuddin.
 
Turut hadir adalah PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman (Ketua Cawangan Pengurusan Pegawai Bomba Sukarela/ Pegawai Bomba Bantuan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), PgKB I Rosmainor bin Yaakub Rosmainor Yaakub (Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran) ABPM Wilayah Timur.
Turut memeriahkan majlis adalah Ketua-Ketua Pengajian, Cawangan dan Unit ABPM Wilayah Timur, Pegawai-Pegawai Kanan Akademi dan JBPM Negeri, Pegawai Pengurusan Pelatih Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023, Para Jurulatih, tetamu jemputan, ibubapa dan seterusnya pegawai yang diraikan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua 75 orang Pegawai Bomba Bantuan yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan selama 15 hari yang meliputi 12 Modul pembelajaran berkaitan kebombaan selama berkampung disini.
 
Tahniah dan Syabas kepada penerima anugerah pelatih terbaik yang dinilai berdasarkan kepada teori, praktikal dan kepimpinan yang ditunjukkan selama menjalani kursus. Semoga ilmu asas yang diperolehi akan dikembangkan lagi apabila bertugas dibalai-balai yang telah ditetapkan.
 
"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"