𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐈𝐃𝐈𝐍 (𝐇𝐨𝐒𝐙𝐀)

Pada 18 Februari 2025, satu Mesyuarat Penyelarasan Usahasama telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur antara pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai dan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan respons kecemasan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang delegasi dari Hospital Sultan Zainal Abidin yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin Bin Nik Him. Delegasi dari pihak HoSZA turut berpeluang untuk bertukar pandangan dan pengalaman dengan wakil dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memperhalusi mekanisme kerjasama yang lebih efektif di masa hadapan.
Selain sesi mesyuarat, delegasi dari HoSZA juga telah dibawa melawat fasiliti yang terdapat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur. Lawatan ini memberikan peluang kepada pihak hospital untuk melihat dengan lebih dekat kelengkapan serta kemudahan yang tersedia di akademi bagi tujuan latihan dan persediaan menghadapi situasi kecemasan.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh sinergi antara dua institusi ini dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kecemasan, latihan, serta pertukaran pengetahuan dalam bidang penyelamatan dan perubatan kecemasan. Mesyuarat ini juga membuka ruang kepada perancangan aktiviti bersama pada masa akan datang bagi memastikan kesiapsiagaan yang lebih mantap dalam menghadapi sebarang insiden yang melibatkan kecemasan dan bencana.
Majlis Penutup Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023

Majlis Penutup Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi "Cepat dan Mesra".
 
Majlis Penutup Pentauliahan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023 yang telah diadakan pada 23 November 2023 bertempat di Auditorium Dato' Sri Wan Mohd Nor Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin Faiz Zainuddin.
 
Turut hadir adalah PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman (Ketua Cawangan Pengurusan Pegawai Bomba Sukarela/ Pegawai Bomba Bantuan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), PgKB I Rosmainor bin Yaakub Rosmainor Yaakub (Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran) ABPM Wilayah Timur.
Turut memeriahkan majlis adalah Ketua-Ketua Pengajian, Cawangan dan Unit ABPM Wilayah Timur, Pegawai-Pegawai Kanan Akademi dan JBPM Negeri, Pegawai Pengurusan Pelatih Pegawai Bomba Bantuan Siri 2/2023, Para Jurulatih, tetamu jemputan, ibubapa dan seterusnya pegawai yang diraikan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua 75 orang Pegawai Bomba Bantuan yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan selama 15 hari yang meliputi 12 Modul pembelajaran berkaitan kebombaan selama berkampung disini.
 
Tahniah dan Syabas kepada penerima anugerah pelatih terbaik yang dinilai berdasarkan kepada teori, praktikal dan kepimpinan yang ditunjukkan selama menjalani kursus. Semoga ilmu asas yang diperolehi akan dikembangkan lagi apabila bertugas dibalai-balai yang telah ditetapkan.
 
"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan

Tarikh : 24/10/2023
Masa : 10.00pg -2.00 ptg
Tempat: Tapak Projek Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai - Fasa III

Program: Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Ybrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, TKSU KPKT telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai - Fasa III bagi memantau perkembangan terkini dan kemajuan kerja semasa di tapak projek. Lawatan ini juga bertujuan mengenalpasti permasalahan dan risiko semasa pelaksanaan projek.

Turut hadir mengiringi TKSU KPKT ialah Pengarah Pembangunan Datuk Ts. Nazili bin Hj Mahmood, Timbalan Pengarah KPKT Bahagian Perkhidmatan Sosial En Khalid bin Mohamad, Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Projek Jabatan Kerja Raya Ar. Ezzanuddin Lood bin Mustafa, Jurutera Daerah Marang Ir. Ts. Mohd Khairul Amir bin Mohd Jamil, Wakil Komandan ABPM Wilayah Timur PgKB I Abdul Khalib bin Ramli, Pegawai Kanan JBPM , Pegawai JKR, Pihak Konsultan JKR dan pihak Kontraktor Kurnia Ekuiti Sdn Bhd.

"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Timur Jln Kuala Berang, 21040 Marang, Terengganu

Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan