PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
TARIKH: 2 HINGGA 5 OKTOBER 2023
LOKASI: AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR, WAKAF TAPAI TERENGGANU.
LOKASI ACARA: HOSE TOWER 2 PADANG KAWAD AKADEMI BOMBA WILAYAH TIMUR
ACARA BRAVE HEART CHALLENGE


Bertempat di Padang Kawad ABPM Wilayah Timur, Acara Brave Heart Challenge telah bermula pada jam 1.30 petang. Pasukan dari JBPM Perlis membuka gelanggang acara bagi kategori wanita manakala JBPM Negeri Sabah bagi kategori lelaki. Objektif acara ini adalah

1. Mengenalpasti tahap kecekapan pegawai melalui tatacara kerja mengikut profil fizikal tugas sebagai seorang pegawai bomba .

2. Mengukur komponen kecergasan khusus taktikal kebombaan yang melibatkan kekuatan (strength) dan daya tahan (endurance).

Acara ini turut memerlukan ketelitian dan kesempurnaan dalam memastikan setiap gerak kerja yang dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Peserta diwajibkan memakai pakaian PPE dan set lengkap pernafasan jenis Drager PS90 dengan kandungan udara> 80% termasuk facemask. Acara ini telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.