PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
TARIKH: 2 HINGGA 5 OKTOBER 2023
LOKASI: AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR, WAKAF TAPAI TERENGGANU
ACARA FIRE FIGHTERS CHALLENGE

4 Oktober 2023 - Astaka ABPM Wilayah Timur menjadi lokasi pelepasan bagi Acara Fire Fighters Challenge (FFC). Pasukan dari JBPM Negeri Terengganu menjadi pasukan terawal yang telah dilepaskan oleh YS PKPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan JBPM pada jam 8.30 pagi. Setiap pasukan diwakili oleh sebelas (11) orang peserta terdiri dari seorang Pegawai Bomba berpangkat Gred KB29 – KB32 yang dilantik sebagai Ketua Pasukan, seorang pembantu berpangkat Gred KB22, seorang Gred KB19 daripada pasukan EMRS negeri dan lapan (8) orang Gred KB19 termasuk seorang peserta wanita. Melalui Acara FFC ini, ketahanan fizikal dan mental para peserta teruji .

Perancangan dan strategi setiap pasukan memainkan peranan yang utama dalam menyelesaikan permasalahan disepanjang check point yang telah ditetapkan. Jarak keseluruhan perjalanan adalah sejauh (lebih kurang) lapan (8) kilometer yang mengandungi 1 garisan permulaan, 5 check point (stesen pemeriksaan) dan 1 garisan penamat. Para peserta yang lengkap berpakaian celoreng perlu melalui berbagai cabaran samada secara berjalan kaki atau berlari dengan merentas jalan, belukar, hutan, kawasan berair dan kawasan tidak rata. Para peserta telah melaksanakan beberapa cabaran seperti melalui halangan, membawa beban, memasuki kolam @ dam, menyelamat mangsa serta memadam kebakaran. Pasukan dari JBPM Negeri Pulau Pinang menjadi pasukan terakhir yang telah dilepaskan pada jam 1.48 petang.

LENSA ACARA