Image

APA ITU ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)?

International Organization for Standardization (ISO) – iaitu badan penetapan standard antarabangsa, telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Project Committee ISO (PC 278) pada tahun 2013. Jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh pakar lebih daripada 50 buah negara dan organisasi antarabangsa termasuk Malaysia telah bekerjasama untuk membangunkan ISO37001 Anti-Bribery Management System.

Project Committee ISO (PC 278) telah berbincang melalui beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan di Spain (Madrid), France (Paris), USA (Miami), Malaysia (Kuala Lumpur) dan Mexico antara bulan Jun 2013 hingga Jun 2016. Seterusnya pada bulan Oktober 2016, ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ISO 37001) telah dilancarkan. Pada bulan Disember 2016, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Standard Malaysia (JSM) – sebagai sebuah badan yang memberikan pengiktirafan standard di Malaysia untuk menerima pakai ISO 37001 di Malaysia.

Pada bulan Oktober 2017, pelancarannya telah dilaksanakan dan kemudiannya dikenali sebagai MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (MS ISO 37001). ISO 37001/ MS ISO 37001 ini adalah sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi secara sukarela bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan.

Ia juga merupakan satu instrumen yang fleksibel dan dapat disesuaikan dengan risiko rasuah yang mungkin dihadapi oleh mana-mana organisasi. Standard ini direka untuk membantu organisasi bagi membuktikan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) bahawa mereka mempunyai amalan dan inisiatif anti-rasuah yang mencukupi dan dilaksanakan sebaiknya.

Image
Accordion

1. KURSUS KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM) ISO 37001:2016 PADA 22/3/24(JUMAAT)