• Akademi komited untuk memberikan latihan kebombaan secara menyeluruh dan berkesan melalui latihan yang berterusan dan terancang bagi mencapai kepuasan serta keyakinan pelanggan.

  • Akademi komited untuk menentukan aspek pengurusan dalam mematuhi keperluan-keperluan sistem pengurusan kualiti dan peningkatan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.

  • Akademi komited dalam menyediakan tatakerja asas bagi mewujud dan menyemak semua objektif kualiti.

  • Akademi komited dalam menentukan dasar kualiti disebarkan dan difahami oleh keseluruhan anggota organisasi dan dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya berterusan.