
1. Pegawai SHO
i) Peranan
· Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan ABPM Wilayah Tengah.
· Menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di ABPM Wilayah Tengah bersama Biro Penguatkuasaan.
· Melapor apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di ABPM Wilayah Tengah kepada Pengerusi JKKP Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah.
· Mengusulkan cadangan program berserta bajet yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada Pengerusi JKKP Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah.
· Sentiasa memastikan budaya kerja selamat dan sihat di ABPM Wilayah Tengah sejajar dengan perkembangan semasa.

