PERATURAN-PERATURAN SEMASA BERKURSUS

  1. Kursus akan bermula jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Tertakluk kepada jadual dan arahan semasa penyelaras.
  2. Peserta mesti berada di dalam bilik kuliah 5 minit sebelum aktiviti bermula.
  3. Semua peserta mesti hadir dalam semua aktiviti yang dijalankan kecuali sakit dan sebab-sebab tertentu.

WAKTU MAKAN DAN MINUM

Bil Waktu Jam
1 Sarapan pagi 8.00pagi - 8.30 pagi
2 Minum pagi 10.30 pagi - 11.00 pagi
3 Makan Tengahari 12.30 tengahri - 2.00 petang
4 Minum Petang 4.15 petang - 5.00 petang
5 Makan Malam

7.30 malam - 8.30 malam

6.30 petang - 8.00 malam

PAKAIAN SEMASA KURSUS

  1. Hendaklah berpakaian sopan serta kemas setiap masa.
  2. Pakaian Latihan Jasmani : T-shirt putih dan seluar track bottom berwarna gelap.
  3. Pakaian Makan Malam : Pakaian kemas. Tidak dibenarkan memakai kain sarung dan selipar/ sandal.

MENGHADIRI MAJLIS ILMU ISNIN MALAM SELASA

Pada malam Selasa, satu majlis ilmu akan diadakan dan semua peserta beragama Islam diwajibkan hadir.

BEKALAN ELETRIK DAN AIR

  1. Semua lampu mesti dipadamkan tepat jam 11.00 malam, kecuali lampu yang perlu seperti  tandas, tangga dan sebagainya.
  2. Penjimatan eletrik dan air digalakkan.
  3. Semua kipas/ pendingin hawa serta lampu mesti dipadamkan apabila keluar meninggalkan bilik.

SUKAN DAN RIADAH

  1. Setiap hari jam 5.30 – 6.30 petang.
  2. Semasa sukan peserta tidak dibenarkan keluar daripada ABPM.

TATATERTIB  DI ASRAMA DAN KANTIN

  1. Peserta tidak dibenarkan membawa pelawat ke dalam bilik asrama.
  2. Dilarang membuat bising serta mengotorkan asrama /dewan makan.
  3. Semua peserta adalah bertanggungjawab di atas kebersihan asrama.
  4. Semua perjudian dan penggunaan bahan-bahan yang memabukkan dan mengkhayalkan (Dadah dan sebagainya) dilarang samasekali.