25 MAC 2024 / ISNIN - Satu Bengkel Pelaksanaan Kursus Public Safety Diver Tahun 2024 dan Perancangan Kursus Public Safety Diver Tahun 2025 telah diadakan di Akademi Bomba Wilayah Utara.
Kehadiran peserta bengkel terdiri daripada jurulatih bertauliah pelbagai pangkat dari Akademi dan JBPM negeri bagi kursus PSD. Turut hadir pegawai daripada Bahagian Operasi JBPM dan Bahagian Latihan JBPM.
Bengkel ini bermula pada 25 hingga 27 Mac 2024. Tujuan bengkel diadakan bagi menyelaraskan kembali Modul serta Rancangan Sesi Pengajaran bagi kursus PSD yang akan datang.