SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN SERTA AKTIVITI KESEDARAN KKP DI ABPM WILAYAH UTARA

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN SERTA AKTIVITI KESEDARAN KKP DI ABPM WILAYAH UTARA

 
​21 JULAI 2026 (SELASA) — Program Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan serta Aktiviti Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara.
​Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta serta Pegawai Wellness Hub KKM Kinta bagi memupuk budaya kerja sihat dan selamat.
📌 Antara Pengisian Utama Program:
🥗 Ceramah Kecelikan Pemakanan — Pn. Aniza bt Omar (Pegawai Sains Pemakanan, KK Chemor)
🏃‍♀️ Ceramah Gaya Hidup Sihat — Pn. Nurul Akmal bt Mohd Wasai (Coach Wellness Hub Kinta)
🩺 Pemeriksaan Kesihatan — Pegawai Kesihatan Tronoh
💪 Ujian Kecergasan — Pegawai Wellness Hub Kinta
👥 Penglibatan Peserta:
Program ini menyaksikan penglibatan seluruh warga kerja ABPM Wilayah Utara, pekerja pembersihan & pengawal Keselamatan (RELA)
​​🎯 Matlamat Utama:
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran berkaitan pengurusan kesihatan individu serta memantapkan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan seluruh warga kerja di premis ABPM Wilayah Utara.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat dan persekitaran kerja yang selamat!
MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PEGAWAI KANAN ABPMWU

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PEGAWAI KANAN ABPMWU

9 JANUARI 2026 | JUMAAT - Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan majlis ringkas iaitu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas bagi pegawai kanan yang bertukar. Majlis ini disaksikan oleh PgKB I Nor Rasidamayati binti Abd Rasid, Komandan ABPM Wilayah Utara dan turut dihadiri pegawai kanan serta penyelia² Akademi.
Terdapat 2 sesi penyerahan nota serah tugas bagi Pengajian Keselamatan Kebakaran antara PgKB II Ts. Vijayan a/I Marimuthu kepada PKPgB Ts. Mohammad Syafiq bin Abdul Majid. Seterusnya bagi Pengajian Operasi Kebombaan yang mana PgKB II Ts. Vijayan a/I Marimuthu turut menjalankan tugas Ketua Pengajian Operasi Kebombaan dan penyerahan diserahkan kepada TPgB II Mohd Saiful Idhlan bin Ismail.
MESYUARAT AGUNG KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara 2026-2028 KALI KE-6

MESYUARAT AGUNG KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara 2026-2028 KALI KE-6

MESYUARAT AGUNG KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara 2026-2028 KALI KE-6 📌📝
TB 8 JANUARI 2026 | KHAMIS - Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KSKK) ABPM Wilayah Utara telah mengadakan Mesyuarat Agung KSKK kali ke-6 bertempat di Auditorium Dato' Haji Soiman, ABPM Wilayah Utara dengan kehadiran para ahli dan ahli jawatankuasa (AJK) kelab.
Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan ucapan perutusan oleh YDP KSKK, PgKB I Nor Rasidamayati binti Abd Rasid yang menyampaikan penghargaan kepada semua ahli atas sokongan berterusan terhadap aktiviti kelab sepanjang tempoh 2024-2026.
Mesyuarat turut menekankan tujuan utama penubuhan KSKK yang antaranya adalah untuk menjalin semangat muhibbah, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli termasuk aspek kebajikan.
Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat dan laporan kewangan bagi sesi 2024-2026. Laporan tersebut telah diterima dan disahkan sebulat suara oleh para ahli.
Turut berlangsung adalah pembubaran rasmi AJK sesi 2024-2026 serta pelantikan AJK baharu bagi sesi 2026-2028. Proses pemilihan juga berlangsung secara lancar. Tahniah kepada semua yang berjaya diatas pemilihan oleh ahli KSKK ABPM Wilayah Utara.
Mesyuarat turut memberi ruang kepada ahli untuk membangkitkan perkara berbangkit dan mengemukakan usul bagi penambahbaikan kelab pada masa hadapan.
Majlis ditangguhkan pada jam 5.20 petang dengan ucapan penangguhan oleh YDP, yang mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua pihak serta menyeru agar kerjasama kukuh diteruskan demi kesejahteraan bersama.