AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra..
 
29 Mei 2024 (Rabu) - Akademi Bomba Wilayah Utara (ABPMWU) sedang melaksanakan satu (1) program Instructor Training Course (ITC) iaitu Kursus Pembangunan Modal Insan Kompetensi Jurulatih kepada pegawai-pegawai ABPMWU bertempat di Kuala Razila, Gopeng bermula 28hb hingga 31hb Mei 2024.
Tenaga-tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri pegawai kanan ABPMWU yang diketuai oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU, PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu, PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail dan PKPgB Raja Amirool Faiz bin Raja Anuar.
Dalam program ITC ini diselitkan juga
Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Mei 2024 bagi ABPMWU yang disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU. Dalam masa yang sama turut disampaikan sijil HRDCorp kepada 31 orang pegawai ABPM Wilayah Utara.