Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
3 Julai 2024 / Rabu - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama pegawai² kanan hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Mohamad Razif bin Ramli, YDP Majlis Daerah Batu Gajah.
Dalam kunjungan ini, telah dimaklumkan berkaitan perasmian ABPMWU, perbincangan bagi penyelesaian pencerobohan binatang ternakan, bantuan landskap dan kerjasama di masa hadapan.