Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
12 MEI 2024 / AHAD - Kursus Asas Bencana dan Pengendalian Bot Arus Deras telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Akademi Bomba Wilayah Utara (ABPMWU) bertempat di Jeti Nelayan Kota Setia, Teluk Intan. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 10 Mei 2024 hingga 12 Mei 2024 melibatkan kakitangan YADIM dan Sukarelawan seramai 12 orang peserta dan 7 tenaga pengajar ABPMWU. YBrs Ustaz Ramdani bin Ab. Karim, Pengarah YADIM Negeri Perak turut hadir bagi mengikuti sebahagian pelaksanaan kursus. Tujuan pelaksanaan kursus adalah bagi memastikan kakitangan dan sukarelawan YADIM sentiasa bersiap sedia memberi khidmat bantuan kepada masyarakat dalam misi bantuan semasa berlakunya bencana sekiranya diperlukan.