AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Per: KURSUS INSTRUCTOR TRAINING COURSE (ITC) KEJURULATIHAN PENGAJIAN KESELAMATAN KEBAKARAN
Pengajian Keselamatan Kebakaran telah menganjurkan satu Kursus Instructor Training Course (ITC) Kejurulatihan Pengajian Keselamatan Kebakaran yang memfokuskan kepada tajuk utama iaitu Peranan dan Pengurusan Insiden Kebakaran Kapal.
Kursus ini dijalankan bagi memenuhi keperluan dalam pengetahuan dan penyampaian dikalangan jurulatih Akademi. Malah ia turut memberi pengetahuan dan pemahaman dalam undang-undang berkaitan industri perkapalan, sistem keselamatan kebakaran di kapal dan strategi pemadaman antara agensi.
Kursus ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 25 hingga 27 Febuari 2025 di Hotel Sentral Seaview, P.Pinang dengan kehadiran seramai 22 orang peserta. Penceramah jemputan terdiri daripada pegawai JBPM Negeri Pulau Pinang, Institut Latihan Pengangkutan Laut, Jabatan Laut Malaysia (MATRAIN) dan Penang Port.
Penerapan dalam kursus ini melibatkan 3 sesi ceramah, 1 sesi lawatan dan 2 sesi aktiviti team building. Antara topik ceramah yang disampaikan bertajuk Organisasi Kapal dan Undang-Undang Antarabangsa IMO dan SOLAS oleh MATRAIN, Sistem Keselamatan Kebakaran dan Strategi Pemadaman di Pelabuhan oleh JBPM Negeri P.Pinang, Peranan dan Pengurusan Insiden Kebakaran Kapal di Pelabuhan oleh pegawai Penang Port, lawatan kapal Pesiaran Genting Dreams di Swettenham Pier dan aktiviti team building oleh jurulatih Akademi Bomba Wilayah Utara.
Pada hari terakhir turut diadakan Majlis Perasmian Penutupan kursus yang disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara.