AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat & Mesra.
Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan
Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 2/2025 mulai 19/05/2025 hingga 23/05/2025 dan dihadiri seramai 24 orang peserta dari gred KB1 hingga KB2. Kursus ini dilaksanakan dengan 2 kaedah iaitu 20% teori & 80% praktikal. Kursus ini telah dilaksanakan di Kuala Razila, Gopeng Perak.
Kursus Penyelamatan Di Arus Deras ini direkabentuk sebagai panduan bagi tugas menangani insiden kecemasan yang melibatkan kejadian arus air yang deras dan banjir. Kandungan subjek di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan
objektif menghadapi insiden kecemasan dengan lebih berkesan.
Dipenghujung kursus ini telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 2/2025 yang disempurnakan oleh YBrs. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara.