AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
10 Mei 2024(Jumaat) - Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan Kursus Renang Menyelamat Siri 1/2024 yang bermula pada 6 Mei 2024 hingga 17 Mei 2024. Seramai 21 orang peserta telah terpilih bagi menghadiri kursus ini dengan beberapa penilaian yang telah ditetapkan.
Jurulatih² yang hadir bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta adalah dari instructor yang telah diiktiraf oleh Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia.