AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Kursus ini telah diadakan pada 19 hingga 30 Mei 2025 dan dihadiri seramai 20 orang peserta gred KB 1. Kursus ini dilaksanakan dalam 2 kaedah iaitu 40% teori dan 60% praktikal. Lokasi kursus ini diadakan di Akademi Bomba Wilayah Utara, pencawang elektrik di ILSAS Malim Nawar dan kaki Bukit Larut, Taiping.
Kursus ini memberi pengetahuan mengenai gerak kerja penyelamatan tali dengan kemahiran teknikal semasa latihan dan operasi penyelamatan yang betul kepada peserta kursus.