Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
14 APRIL 2025 / ISNIN - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Akademi Bomba Wilayah Utara telah melakukan satu latihan Pengungsian Bangunan secara mengecut kepada semua kakitangan ABPM Wilayah Utara. Penerangan berkaitan Alat Pemadam Api dan Bantuan Awal Penafasan (CPR) juga diberikan kepada semua kakitangan kontrak. Latihan ini bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan semua ahli Pasukan Tindakan Kecemasan dan semua kakitangan ABPM Wilayah Utara termasuk kakitangan Kontrak bersedia mengambil tindakan awal sewajarnya serta menyelamatkan diri apabila berlakunya kecemasan kebakaran di bangunan.