Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
6 Mac 2024/Rabu - Satu lawatan dari Komandan Pusat Latihan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke ABPM Wilayah Utara di ketuai oleh DSP Nazrul Azuan bin Nazeri bersama 2 pegawai lain. Lawatan telah di sambut oleh PgKB I Aswadi Bin Hj Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bersama beberapa Pegawai lain. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti dan kursus pada masa akan datang.