8 Ogos 2025 | Jumaat — Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Daerah Kampar sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Seramai sembilan orang wakil ABPM Wilayah Utara hadir dalam lawatan tersebut, diketuai oleh Tn Mohd Tajul Nizam bin Abd Azam yang juga merupakan Jawatankuasa Latihan EKSA ABPM Wilayah Utara. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Penyelaras EKSA Majlis Daerah Kampar, En. Mohd Izham bin Ahmad, bersama barisan jawatankuasa EKSA MD Kampar.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau amalan terbaik EKSA yang dilaksanakan di MD Kampar serta berkongsi pengalaman dan strategi pelaksanaan EKSA secara lebih berkesan. Rombongan turut diberi taklimat ringkas dan dibawa melawat ke beberapa zon EKSA terpilih di sekitar premis MD Kampar.