AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
16 Julai 2025 | Rabu - Seramai 55 orang murid dan 4 orang guru Tadika PASTI Al-Munir, Bt. Gajah telah hadir ke Akademi Bomba Wilayah Utara bagi menjalani aktiviti pembelajaran luar kelas bersama abang & akak Bomba.
Antara aktiviti yang murid-murid laksanakan pada hari ini adalah:
1) Pengenalan Api Baik & Jahat
2) Pemakaian pakaian bomba cilik
3) Aktiviti Stop-Drop-Roll & Dam Bomba
4) Menaiki Jentera Bomba
Pegawai terlibat dalam program ini ketuai oleh PBK II Izran Maswan, PB Muslim, PB Murni, PB Khairi, PB Rusyaidi & PB Fariz.
Sekian, terima kasih.