AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
25 Mac 2025/Selasa - Bagi mengukuhkan ukhwah dikalangan warga Akademi Bomba Wilayah Utara , Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan ABPM Wilayah Utara telah menganjurkan Majlis IFTAR Ramadan ABPM Wilayah Utara.
Turut diadakan pembayaran zakat fitrah di sebelah pagi dengan kehadiran amil dari Mukim Tronoh dan seterusnya persiapan serta gotong royong memasak.
Sebelum berbuka turut diadakan doa selamat, berbuka puasa, solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih.