AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
27 Mac 2025 | Khamis: Akademi Bomba telah menganjurkan Program Tadarus dan Tadabbur sepanjang bulan Ramadan tahun 2025. Seramai 15 orang staf ABPM Wilayah Utara telah menyertai program tersebut dan pagi ini satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bagi meraikan mereka yang telah berjaya selesai menamatkan bacaan Al-Quran.
Majlis telah disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara. Turut hadir, Ketua² Pengajian & warga ABPM Wilayah.