AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.
 
Tarikh 23 Julai 2024 menjadi tarikh yang bersejarah kepada seluruh warga kerja Akademi Bomba Wilayah Utara yang mana DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara. Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berkenan berangkat, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir di upacara perasmian ini ialah Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin serta YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming.
Pada majlis tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian ABPM Wilayah Utara.Baginda kemudiannya dipersembahkan dengan persembahan kebombaan dan seterusnya dibawa melawat ke ruang pameran yang disediakan.