15 Ogos 2025 | Jumaat - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 5/2025 telah disempurnakan Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara , PgKB I Aswadi bin Haji Ismail yang diadakan di Auditorium Dato' Haji Soiman, Akademi Bomba Wilayah Utara. Turut hadir bersama, PgKB I Mohamad Azhar bin Yussof, PPON JBPM Negeri Perlis dan PgB Mohd Fahmi bin Husin, wakil Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM. Kursus ini telah dilaksanakan selama 12 hari bermula 3hb hingga 15hb Ogos 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara.
Seramai 40 peserta yang mengikuti kursus ini iaitu seramai 16 orang JBPM Negeri Perlis, 8 orang JBPM Negeri Pulau Pinang dan 16 orang JBPM Negeri Perak.
Dalam majlis ini ditayangkan montaj sepanjang perjalanan tempoh kursus dilaksanakan, ucapan perasmian penutupan kursus oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, penyampaian sijil kursus PBB, penyampai sijil Pelatih Terbaik Teori, Pelatih Terbaik Praktikal & Pelatih Terbaik Keseluruhan.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) SIRI 5/2025...!!!!!