ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.
PER: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENYELAMATAN DI AIR TAHAP I SIRI 2
21.02.2025 (Jumaat) - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelamatan Di Air Tahap I Siri 2/2025 telah disempurnakan oleh wakil Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara PgKB II Zahiha Binti Haji Mohd Nor di iringi Penyelaras Kursus PBK I (TBK II ) Mohd Nazri bin Abidin.
Kursus ini telah diadakan pada 17.2.2025 hingga 21.2.2025 melibatkan 22 orang peserta dari gred KB 1. Aktiviti latihan dibuat di kawasan tasek Akademi dan jurulatih Akademi sebagai tenaga pengajar sepenuhnya. Sepanjang peserta di akademi turut diadakan kelas Bomba Life Support (BLS) pada sesi PT bagi mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran dalam rawatan kecemasan.